Saturday, March 28, 2009

UMNO of UMNO - Ubah atau Rebah?

1. Apa yang bakal ditulis adalah berdasarkan persepsi semata-mata.

2. Jawatan Presiden dan Timbalan Presiden dimenangi oleh orang-orang senior dalam parti. Walaupun banyak yang diperkatakan tentang Presiden, namun tiada apa yang mampu dilakukan memandangkan tiada pencabar yang mampu memenuhi kuota untuk bertanding jawatan tersebut. Terima sahajalah dia dengan harapan dia akan berubah dan membawa perubahan kepada Malaysia.

3. Jawatan Naib Presiden menjanjikan suatu perubahan. Sekurang-kurangnya orang yang dilihat sebagai bersih berada disana.

4. Ketua Wanita juga menunjukkan perubahan yang dimahukan oleh para perwakilan. Mungkin Tan Sri Rafidah sudah terlalu lama berada disitu.

5. Jika UMNO mahukan perubahan, jawatan Ketua Pemuda lah yang paling mengecewakan. Selepas mendapat pencalonan tertinggi, Mukhriz mendapat undian terendah dan Khairy mendapat undian tertinggi. Masuk akal ke?

6. Untuk berubah, UMNO mesti dilihat untuk berubah. Untuk menjadi bersih, UMNO mesti dilihat sebagai bersih. Tapi dengan pemilihan Khairy sebagai Ketua Pemuda, perwakilan pemuda nampaknya tidak mahu dilihat sebagai mahu berubah atau bersih.

7. Cuba tanya sekeliling kita, siapa yang sukakan Khairy? Hampir semua orang akan gagal untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 3 orang yang sukakan Khairy disekeliling kita. Ini semua persepsi. Banyak yang telah diperkatakan tentang dia tapi 304 perwakilan Pemuda UMNO nampaknya tidak menyedari tentang persepsi ini dan terus memilih dia sebagai Ketua mereka.

8. Daripada 25 orang yang menang kerusi Majlis Tertinggi UMNO, rata-rata adalah orang yang boleh diterma masyarakat. Tapi kenapa masih lagi ada nama-nama seperti Musa Aman, Jamaludin Jarjis dan Idris Jusoh?

9. Untuk menjadi relevan, UMNO mesti dilihat sebagai relevan. Rata-rata orang yang telah dipilih tidaklah terlalu mengecewakan. Tetapi untuk kembali memenangi hati rakyat, banyak yang patut difikir-fikirkan tentang orang-orang yang telah disebut diatas. Jangan kerana mereka, UMNO akan terus ditolak oleh rakyat.

10. Kenapa dihadiahkan keris Panca Warisan kepada Hishamuddin? Pengganti dia dah tak berani nak cium keris lagi ke? Ia adalah tradisi orang Melayu. Kenapa tak diteruskan sahaja walaupun orang lain tak suka? Bukannya ada orang yang mati kerana perlakuan tersebut. Ia tidak ada kena mengena dengan kaum lain. Kenapa takut?

11. Kalau nak cium keris pun dah tak berani, jangan nanti kalau kaum lain cakap pakai songkok dah tak melambangkan kita sebagai orang Malaysia, jadi jangan pakai songkok lagi bila pergi persidangan. Apa yang betul, kekalkan. Apa yang tak betul barulah ubah. Hanya kerana takutkan kritik, tradisi digadaikan.

-BERUBAHLAH SEBELUM KAMU DIUBAH-

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails