2. Ada pihak yang meminta kerajaan memansuhkan PPSMI ini dan kembali kepada konsep asal dengan mengajarkan Sains dan Matematik dalam bahasa kebangsaan dan bahasa ibunda. Kemana sebenarnya arah tuju sistem pendidikan kita jika PPSMI ini dimansuhkan?
3. Pengajaran hampir semua subjek-subjek sains, teknologi dan perubatan di universiti dan kolej adalah didalam bahasa Inggeris. Hanya subjek-subjek seperti ketamadunan sahaja yang diajarkan dalam bahasa kebangsaan. Sekurang-kurangnya, PPSMI ini menyediakan bakal pelajar universiti dengan asas yang kukuh sebelum menjejakkan kaki ke alam pengajian tinggi.
4. Jika kita kembali kepada sistem asal, tidak akan ada kesinambungan diantara pengajian awal dan pengajian tinggi. Adakah kita mahu melihat anak-anak muda belajar sains dan matematik dalam bahasa kebangsaan dan kemudian bila masuk U, tukar pula bahasa? Adakah ini satu sistem yang bijak dan bagaimana ia pasti akan menjejaskan perkembangan pendidikan pelajar-pelajar kita.
5. Atau wajarkah dimansuhkan PPSMI ini dan kembali kepada sistem asal dan pada masa yang sama, pengajaran subjek-subjek di U diajarkan dalam bahasa kebangsaan? Tapi pasti akan ada skeptik yang menyatakan sukar untuk belajar jurusan kejuruteraan dan perubatan dalam bahasa kebangsaan.
6. Yang lebih peliknya, universiti-universiti di Indonesia mampu untuk mengajarkan jurusan-jurusan sains, teknologi dan perubatan dalam bahasa kebangsaan mereka sendiri iaitu bahasa Indonesia yang juga serumpun dengan bahasa kebangsaan Malaysia. Kenapa bahasa Malaysia tidak boleh?
7. Kenapa peranan bahasa Malaysia perlu disempitkan dan tidak digunakan secara meluas sebagai bahasa ilmu? Adakah Malaysia mahu jadi seperti Singapura yang mana bahasa kebangsaan adalah bahasa Melayu, tetapi hanya digunakan sebagai simbolik sahaja didalam acara-acara rasmi. Nampak macam Malaysia menuju kearah itu.
8. Jika bukan sistem pendidikan di negara sendiri yang memartabatkan bahasa Malaysia, siapa yang akan berbuat demikian? Pelajar-pelajar Malaysia yang mahu belajar jurusan kejuruteraan di Jepun dan Jerman, perlu mengambil kelas persediaan didalam bahasa Jepun dan Jerman sebelum dihantar ke negara-negara tersebut untuk menyambung pengajian masing-masing. Begitu juga pelajar-pelajar jurusan perubatan yang ingin ke Russia. Tetapi di tanah air sendiri, nak ada satu sistem yang memartabatkan bahasa kebangsaan sendiri pun susah.
9. Hanya sekitar 5-6 tahun lepas, masih terdapat buku rujukan dalam Bahasa Malaysia untuk pelajar-pelajar kejuruteraan di UTM yang dikarang sendiri oleh pensyarah-pensyarah UTM. Pada masa tersebut, pembelajaran masih dalam bahasa Malaysia dan pastinya permintaan untuk buku rujukan di dalam bahasa Malaysia amatlah tinggi. Tapi kini, perkembangan yang sihat ini telah dibantutkan dengan menukar bahasa pengantar di univerisiti kepada bahasa Inggeris. Secara tidak langsungnya telah mencacatkan perkembangan bahasa kebangsaan dan pastinya para pensyarah merasakan tidak perlu untuk mengarang buku rujukan kerana telah terdapat pelbagai buku rujukan dalam bahasa Inggeris. Perkembangan ilmu dalam bahasa Malaysia telah dibantutkan.
10. Memansuhkan PPSMI hanya akan menyelesaikan sebahagian sahaja masalah sistem pendidikan negara. Kalau nak buat sesuatu dasar, tolonglah kaji secara menyeluruh. Cukuplah dengan dasar-dasar pendidikan yang banyak membuat kerosakan daripada kebaikan.
BAHASA JIWA BANGSA
No comments:
Post a Comment