Wednesday, January 7, 2009

Boikot!


1. Sejak rejim Israel mengganas di Palestin, banyak pihak yang dah kutuk & buat tunjuk perasaan. Rasanya dah tiba masanya untuk kita melakukan sesuatu demi umat Islam Palestin yang tertindas.



2. Kalau tak dapat angkat senjata, apa kata kita boikot saja produk-produk dari Amerika Syarikat dan Israel atau syarikat-syarikat yang menyokong tindakan rejim Zionis ini. Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) akan melancarkan kempen boikot terpilih Coke, Colgate & Starbucks. Sila baca di sini http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/news.php?item.653.2



3. Adalah diharap kempen ini akan berjaya sekurang-kurangnya melumpuhkan ekonomi syarikat-syarikat yang menyokong tindakan rejim zionis ini. Juga diharap kempen ini dapat menyedarkan umat Islam agar lebih berhati-hati memilih produk harian mereka. Semoga kempen ini dapat diteruskan selama-lamanya tanpa mempedulikan sama ada rejim Zionis terus mengganas atau tidak (mereka pasti akan terus menindaas)



4. Disertakan juga selain Coke, Colgate & Starbucks, produk-produk lain yang biasa terdapat dalam kehidupan kita seharian. Diharap boikot ini akan dipanjangkan kepada produk-produk tersebut selama-lamanya. Kalau tak dapat boikot pon, sekurang-kurangnya kurangkan lah penggunaannya:



- Ambi-pur, BIOTHERM, HUGO BOSS, Calvin Klein, CLINIQUE, CNN, DANONE, Disney, DONNAKARAN, Fanta, 20th Century Fox, GAP, GIORGIO ARMANI, HUGGIES, IBM, intel, Johnson&Johnson, Kimberly-Clark, KIWI, Kotex, LANCOME, Kleenex, LOREAL, McDonald's, Maggi, MAYBELLINE, NATIONAL GEOGRAPHIC CHANNEL, Nestle, NOKIA, RALPH LAUREN, REDKEN, REVLON, KitKat, Sprite, The Sun, Sunkist, Timberland, TIME Magazine & TOMMY HILFIGER.



5. Kalau tak dapat berperang pon, inilah sekurang-kurangnya yang boleh kita lakukan untuk membantu saudara seIslam kita yang sekarang ini dianiayai. Diharap jihad sekecil ini akan diterima Allah kelak.



6. Venezuala pon telah dengan beraninya mengusir duta Israel kenegara itu hari ini. Diharap Venezuala akan memutuskan terus hubungan dengan negara Zionis tersebut.



7. Nak harapkan NAM atau OIC? Sampai kesudah "mengutuk sekeras-kerasnya" aje lah. Nak adakan pakatan hantar tentera pengaman pon susah. Kepada diri sendiri lah sahaja kita berharap. Bersama-samalah melaksanakan tanggungjawab kita dan pada masa sama berdoa agar saudara seIslam kita di Palestin akan bebas daripada penganiayaan ini.



Allahu Akbar!

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails