Friday, July 10, 2009

Tips Dari Kursus Asas Pertolongan Cemas

Berikut adalah beberapa tips yang saya perolehi daripada Kursus Asas Pertolongan Cemas untuk Industri yang saya sertai beberapa minggu yang lepas:

1. Sekiranya terjadi kemalangan yang melibatkan terpotong jari, tangan atau sebarang anggota badan, bahagian yang terpotong tersebut hendaklah dimasukkan ke dalam beg plastik dan diikat. Beg plastik tersebut kemudiannya hendaklah di masukkan ke dalam bekas berisi ais dan dihantar ke hospital bersama mangsa. Peluang untuk bahagian yang terpotong untuk disambung semula adalah lebih tinggi dengan cara ini. Jangan dimasukkan bahagian yang terpotong tersebut terus ke dalam bekas yang berisi ais kerana ia akan mengembangkan bahagian tersebut dan kerja-kerja penyambungan semula akan menjadi rumit dan berkemungkinan tidak dapat disambung semula.

2. Sekiranya seseorang itu terkena keracunan makanan atau terminum racun, perkara yang paling baik untuk dilakukan adalah memakan pil arang. Pil arang kebiasaannya boleh didapati di dalam peti pertolongan cemas. Pil arang ini akan membantu menyerap segala racun yang diminum dan peluang untuk pulih adalah lebih cerah.

3. Sekiranya seseorang itu menjadi mangsa rogol, perkara yang paling tidak patut dilakukan adalah membersihkan diri. Dia seharusnya terus pergi ke hospital berdekatan dan melaporkan kejadian tersebut. Hospital akan mengutamakan kes-kes sebegini. Badan yang belum dibersihkan berkemungkinan besar masih mempunyai bukti-bukti yang boleh diperolehi oleh pihak polis untuk membantu siasatan dalam kes berkenaan. Sekiranya mangsa mandi atau membersihkan badan, kemungkinan untuk memperolehi bukti-bukti yang dikehendaki menjadi lebih tipis.

4. Sekiranya seseorang itu terlibat dengan kemalangan dan mengalami kepatahan tulang, seelok-eloknya, bahagian yang patah tersebut hendaklah diluruskan secepat mungkin. Jangan tunggu terlalu lama kerana kemungkinan untuk bahagian tersebut tidak dapat diselamatkan adalah tinggi. Kebiasaan masyarakat Malaysia adalah untuk tidak menyentuh bahagian yang patah tersebut. Lebih cepat bahagian yang patah tersebut diluruskan atau dikembalikan ke tempat asal, lebih besar peluang untuk bahagian tersebut untuk diselamatkan.

5. Sekiranya anda memasuki kawasan bencana dan terdapat banyak mangsa, cuba klasifikasikan mangsa-mangsa tersebut kepada mangsa kritikal, separa kritikal, tidak kritikal dan kematian. Mangsa yang kritikal perlu diselamatkan terlebih dahulu diikuti oleh mangsa separa kritikal, tidak kritikal dan seterusnya kematian.

6. Apabila terjadi kejadian dimana seseorang sesak nafas akibat kebakaran atau mengalami alahan yang teruk, cuba masukkan hos atau tiub getah kedalam mulut mangsa sehingga ke bahagian trakea secepat mungkin. Apabila mangsa menyedut asap panas atau mengalami alahan, sel-sel dalam trakea akan meradang kerana ia bahagian yang amat sensitif. Sekiranya bahagian ini meradang, sel-sel ini akan menutup saluran pernafasan dan mangsa akan mengalami kesukaran bernafas dan boleh menyebabkan kematian. Jika terdapat hos atau tiub getah yang berjaya dimasukkan kedalam mulut, peluang untuk mangsa bernafas dan diselamatkan adalah lebih tinggi.

7. Sekiranya anda terperangkap didalam bangunan yang terbakar, cuba tunduk serendah mungkin untuk mencari jalan keluar. Udara sejuk adalah lebih tumpat dan akan berada di bahagian bawah sementara udara panas akan berada di bahagian atas. Ini akan mengelakkan anda daripada menyedut udara panas yang boleh menyebabkan kesesakan nafas.

8. Sekiranya terjadi kemalangan jalan raya dan mangsa perlu dikeluarkan dengan memotong kereta, cuba elakkan daripada membenarkan pihak Jabatan Pertahanan Awam (JPA) daripada memotong kenderaan tersebut. Ini adalah kerana pihak insurans hanya akan membayar ganti rugi sekiranya pihak Bomba yang memotong kenderaan tersebut. Sekiranya pihak lain yang memotong kenderaan tersebut, pihak insurans tidak akan membayar sebarang ganti rugi. Tetapi sekiranya anda perlu memilih diantara nyawa dan harta, pilihlah nyawa. Nyawa lebih berharga daripada harta duniawi.

1 comment:

xplorer said...

i had added you to my bloglist.i believe that we have the same mindset on property investment and
retirement planning.Will try to read the book by azizi ali.

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails