Baru-baru ini, kabinet telah memutuskan agar anak-anak dibesarkan di dalam agama yang dianuti semasa berkahwin sekiranya salah seorang daripada mereka menukar agama. Ini telah dijelaskan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abd Aziz pada 24 April 2009. Kenyataannya boleh dibaca disini. Keputusan ini diambil kononnya untuk menyelesaikan beberapa masalah yang telah dihadapi apabila ibu atau bapa menukar agama dan melarikan anak-anak mereka.
Persatuan Peguam Syariah Malaysia pula terkejut dengan keputusan kabinet tersebut dan mempersoalkan keputusan itu kerana ia mencampuri urusan perundangan yang sepatutnya tidak dipengaruhi oleh sesiapa pun.
Saya tertarik dengan kenyataan akhbar Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin dalam blognya berkenaan isu ini. Dia telah menjelaskan secara terperinci mengenai isu ini dari segi perundangan dan menyatakan contoh-contoh di dalam beberapa kes perundangan sebelum ini. Daripada contoh-contoh yang telah beliau utarakan, ternyata Mahkamah Syariah tidak berat sebelah walaupun defendan nya adalah orang bukan Islam. Jadi, kenapa perlu kabinet campur tangan dan membuat keputusan sebegini? Ia sepatutnya dibiarkan kepada mereka yang lebih arif dalam perundangan negara.
Keputusan kabinet itu ternyata adalah keputusan untuk menjadi popular di mata orang bukan Islam. Tetapi pada masa yang sama ia pasti akan menjejaskan agama Islam. Ini pastinya kemenangan moral kepada penentang agama Islam yang akan sentiasa mencari jalan untuk menghancurkan Islam. Diharap agar kabinet akan mengkaji semula keputusan tersebut. Jangan kerana ingin menjadi popular, amanah Allah yang digadaikan.
Sunday, April 26, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment