14/2/2009 - Kutipan tol di plaza tol PJS2 arah KL di lebuhraya Pantai Baru (NPE) telah dimansuhkan sejak malam tadi menurut Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed. Ini adalah cara kerajaan menunjukkan rasa cinta kepada rakyat bersempena dengan sambutan Hari Valentine hari ini. Walaupun tol ni tak signifikan kepada pengguna lain, tapi sekurang2nya ia membantu para penduduk Kampung Medan dan Kampung Dato' Harun. Orang luar tak banyak pakai tol ni sebab access dia dari Lebuhraya Persekutuan. Yang banyak orang pakai is tol dari Bandar Sunway ke KL. Tapi takpe la. Sekurang2nya kerajaan prihatin. It's a good start.
24/2/2009 - Plaza tol Salak Jaya arah selatan dimansuhkan hari ini. Ini pemansuhan tol kedua dalam masa 11 hari. Kenderaan yang masuk ke KL sahaja akan dikenakan tol RM1.30. Bagus jugak kerajaan kita ni. Lepas satu, satu lagi dimansuhkan. Walaupun sebelah aje yang dimansuhkan, at least something.
26/2/2009 - Menteri Kerja Raya mengumumkan kenaikan tol di 5 lebuhraya
26/2/2009 - Kerajaan sedang menimbangkan untuk mengurangkan caruman pihak majikan untuk dimasukkan ke dalam pakej rangsangan ekonomi kedua yang akan dimumkan bulan depan. Bukan ke dalam kegawatan ekonomi, rakyat yang patut dipelihara? Majikan pula yang lebih diutamakan. Ni negara rakyat ke negara majikan? Bukan ke banyak lagi kos lain yang boleh dikurangkan atau dimansuhkan untuk mengurangkan beban majikan? Kenapa rakyat yang mesti menderita untuk menyelamatkan majikan?
27/2/2009 - Pak Lah suruh kabinet menimbangkan semula kenaikan tol yang diumumkan oleh Menteri Kerja Raya semalam. Dia cakap keputusan untuk menaikan tol tersebut dibuat 2-3 minggu sebelum ini. Keadaan ekonomi masih tidak berubah. Jadi keputusan tersebut wajar dipertimbangkan semula. Nak jadi hero Malaya agaknya dia ni. Boleh ke keadaan ekonomi yang teruk sekarang ni dalam masa 2-3 minggu aje bertukar jadi baik? Pakai akal la sket beb! Kalo dah keadaan ekonomi tak berubah, janganlah umumkan. Takkan tuh pun nak kena ajar. Ingat menguruskan negara ni pentas drama swasta ke?
28/2/2009 - Kabinet memutuskan untuk menangguhkan kenaikan tol di 5 lebuhraya yang sepatutnya bermula pada 1/3/2009. TPM cakap kerajaan terpaksa membelanjakan RM500 juta sebagai pampasan kepada syarikat konsesi lebuhraya. Pak Lah cakap penangguhan kenaikan tol ini tiada kena mengena dengan 3 pilihanraya kecil akan datang.
10/3/2009 - TPM akan mengumumkan pakej rangsangan kedua untuk membantu rakyat dan negara mengharungi kegawatan ekonomi yang melanda dunia sekarang ini. Ada rancangan untuk pakej rangsangan untuk membantu rakyat, tapi pada masa sama boleh naikkan tol. Cara paling senang nak membantu rakyat dalam masa kegawatan ni ialah dengan jangan menaikkan kos sara hidup rakyat yang telah sedia tinggi sekarang ni. Tak payah tanya pakar ekonomi pon dah boleh tau jawapan ni. Yang pandai2 umumkan naik tol tu kenapa?
-Ntah orang jenis apa lah yang mentadbir negara kita ni...-
Saturday, February 28, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Siapa yang untung sebenarnya atas kenaikan tol? Ada udang di sebalik batu. Concession agreement yang digembar-gemburkan untuk open for public pun belum lagi di realize kan. I wonder y.
Adakah ini kerajaan yang kini inginkan....? Bukti bahawa rakyat kini sedang menderita telah didedahkan.... Kita doakan supaya kerajaan Malaysia tidak jatuh seperti jiran-jiran kita sebelum ini...
Post a Comment