1. MB Nizar tak nampak kepimpinannya. Apa yang nampak dia diperkudakan oleh DAP untuk mencapai hasrat mereka.
2. Banyak dasar2 kerajaan PR di Perak bukan idea mereka sendiri. Banyak cedok dari kerajaan PR negeri lain. Contohnya, pemberian hak tanah cilok dari Selangor.
3. Selepas hampir setahun berkuasa, kerajaan PR Perak masih banyak belum menunaikan janji2 manis mereka. Contohnya, pemilihan ketua kampung melalui undian.
4. Permainan lompat melompat parti ni start dari Anwar Ibrahim, pemimpin PR sendiri. Kalau orang BN lompat masuk PR, Anwar akan cakap ia adalah tindakan yang betul demi kepentingan rakyat. Tapi bila orang PR lompat masuk BN atau jadi Bebas, Anwar akan cakap mereka telah mengkhianati amanat rakyat. Anwar akan menghalalkan segala cara untuk mencapai matlamatnya. So jangan la tertipu lagik. Cukuplah 16 September 2008 yang tak jadi kenyataan. Dia dah hilang kredibiliti.
5. Lompat melompat parti ni memang kerja orang tak bermaruah. Bak kata Tun Mahathir, tak payahlah undi lagi orang2 ni dalam PRU akan datang. Sekali mereka lompat, selama-lamanya rakyat takkan percaya.
6. Kerajaan Perak sekarang dikuasai oleh ADUN Bebas. Bukan PR atau BN. Mereka berkuasa untuk menentukan siapa yang akan berkuasa di negeri Perak. Hari ni mereka sokong BN. Apa yang boleh menjamin esok diorang takkan sokong PR? Takkan tiap2 2 minggu nak tukar MB kot?
7. 2 ADUN Bebas sedang menghadapi tuduhan rasuah di mahkamah. Kalau mereka didapati bersalah dan dihukum penjara, pemilihan mereka sebagai ADUN akan terlucut. Pilihanraya Kecil perlu diadakan. Kalau PR menang kedua2 kerusi, takkan nak tukar MB lagi kot?
8. Kalau dalam masa sebulan dua, Anwar dapat tarik orang BN untuk melompat parti, takkan Nizar nak angkat sumpah sebagai MB lagi sekali kot? Sampai bila drama ni nak abis?
9. Dikhabarkan ada diantara ADUN Bebas tu keluar dari PR pasal tak dapat kereta Toyota Camry baru. Kalau kerajaan BN tak bagi diorang Camry atau apa2 yang diorang mintak, mungkin mereka takkan menyokong BN lagi. Sambung drama lagi...
10. Kalau PR ambil tindakan mahkamah terhadap Sultan Perak, ingat Sultan Perak nak perkenankan lagi ke Nizar jadi MB pada masa akan datang? Tuanku Sultan pon manusia, ada hati dan perasaan.
11. Kalau nak kerajaan yang stabil, bubarkan saja DUN Perak. Biar rakyat yang menentukan. Biar kerajaan yang dibentuk nanti sebuah kerajaan yang kuat dan stabil. Bukan yang boleh disepak terajang. Buat malu orang Perak aje.
12. Yang penting adalah kebajikan rakyat. Bukan kekuasaan politik yang utama. Ingat tu! Korang semua diundi dan dilantik untuk menjaga negeri dan rakyat Perak. Bukan nak mengaut kemewahan. Jahanamlah orang2 macam gini!
Saturday, February 7, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
lompat takpe, cuma perlu diadakan pilihanraya semula. barulah rakyat boleh decide nak undi individu ke nak undi parti.
taktaulah anwar akan buat pilihanraya semula kalau 16 sept tu jadi. kalau takde pilihanraya semula, tetap tak demokrasi.
either way, pilihanraya perlu jugak supaya rakyat puas hati dan demokrasi dapat dilaksanakan.
Orang yang melompat parti ni memang takde maruah... Walaubagaimanapun, aku setuju tentang buat semula pilihanraya seluruh Negeri Perak...
Post a Comment