Monday, December 15, 2008

Siapa yang racist?

Baca kat sini pasal kenyataan Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim pasal cadangan sistem persekolahan tunggal untuk Malaysia. http://mt.m2day.org/2008/content/view/15835/84/

1. Teruk Prof kena bantai dengan bangsa dia sendiri pasal kenyatan dia. Tapi tindakan dia patut dipuji pasal masih ada kaum minoriti yang mampu berfikiran waras daripada berfikir 'along racial lines'

2. Kebelakangan ni, banyak pihak yang sibuk mempersoalkan hak keistimewaan bumiputera konon nya dengan ada nya hak keistimewaan ini, Malaysia jadi tidak kompetitif dan tidak bersatu.

3. Perkara paling pokok dalam perpaduan adalah sistem persekolahan itu sendiri. Tapi bila di ajak untuk menyatukan sistem persekolahan menjadi sistem tunggal, ramai yang melatah.

4. Lebih teruk, presiden Jiao Zong boleh pula buat kenyataan biadap kalau Malaysia gunapakai sistem persekolahan tunggal, kanak2 akan terdedah kepada ajaran Islam seolah-olah Islam itu teruk sangat pengaruhnya. Apa punya bodoh orang macam ni. Kalau ada sistem persekolahan tunggal, bukan nya suruh anak2 belajar agama. Sistem itu aje disatukan. Time kanak2 Islam belajar agama Islam, yang bukan Islam belajar la Pendidikan Moral. Aku sekolah rendah kat Sekolah Kebangsaan. Takde masalah pon pasal agama ni.

5. Kenapa takde tindakan diambil keatas presiden Jiao Zong yang kenyataanya jelas 'racist'? Bila Datuk Mukhriz buat kenyataan nak satukan sistem persekolahan, banyak pula pihak yang melatah dan label beliau sebagai racist. Jangan la nak putar belit istilah 'racist' pula.

6. Kenapa pemimpin-pemimpin kaum ini dalam kerajaan tak berani buat kenyataan pasal cadangan sistem persekolahan tunggal ni? Tapi mereka ini lah yang beria-ia nak mewujudkan parti politik tunggal tidak berdasarkan kaum konon nya atas nama perpaduan. Bila disuruh bersatu dari kanak-kanak dengan satu sistem pendidikan, semua kecut.

7. Janganlah berdolak-dalih konon nya mahukan perpaduan, tapi 'the most basic thing' pon tak boleh nak buat.

8. Memang sistem pendidikan vernakular dilindungi dibawah Akta Pendidikan. Akta tak boleh pinda ke untuk perpaduan negara?

9. Hak keistimewaan yang dah terang-terang termaktub dalam PERLEMBAGAAN pandai pula nak persoalkan dan minta dihapuskan.

10. Di Sekolah Kebangsaan pon diberi peluang untuk belajar bahasa lain seperti Mandarin & Tamil. Jadi apa masalahnya dengan bahasa ibunda? Takde siapa yang melarang bahasa-bahasa tersebut diajarkan. Sekolah rendah aku siap ada 3-4 bahasa asing diajarkan. Takde masalah pon.

11. Kalau niat tu tak ikhlas nak bersatu, tak payah la nak tuduh-tuduh orang racist. Cermin diri tuh. Kalau betul niat nak memartabatkan Malaysia yang tercinta, 'go back to basic'. Cermin diri siapa Malaysian sebenarnya?

-Miss my primary school days-

3 comments:

Fadli Halim said...

waa dah macam baca che det dah ni bro... haha...
btoi tu... gua setuju...
depa ni mmg taktau pikiaq... korap aja lebih...

mEgATroN said...

betul tu..kerana ada kepentingan tertentu atau 'hiddent agenda' mcm2 tuduhan boleh dibuat.
gila kuasa @ mmg depa tak tau nak fikir @ mmg tau tapi saja-saja nak mengeruhkan keadaan..

mollyjc said...

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut :

* KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
* KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
* KELUHURAN PERLEMBAGAAN
* KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
* KESOPANAN DAN KESUSILAAN

Period..

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails